Wednesday, March 27, 2013

JOM TEROPONG LANGIT

Program Jom Teropong Langit telah diadakan pada 26 Mac, 2013 mulai jam 9.00 malam bertempat di hadapan Balai Besar Alor Setar.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai falak dan meneroka angkasa melalui teropong.

Saturday, August 11, 2012

MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL 1433H


Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal, 1433H bagi Negeri Kedah Darul Aman ialah pada petang hari Sabtu 29 Ramadhan, 1433H bersamaan 18 Ogos, 2012.

Tempat-tempat melihat anak bulan ialah seperti berikut:-
1. Menara Alor Setar.
2. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda.
3. Pemandangan Indah, Langkawi.

Seramai 46 orang Ahli Jawatankuasa terlibat untuk melihat anak bulan di ketiga-tiga tempat tersebut.

Tuesday, January 24, 2012

RUKYAH HILAL RABIUL AWWAL, 1433 H




Tarikh : 24 Januari, 2012
Tempat : Menara Alor Setar
Matahari Terbenam : 19.25 jam
Bulan Terbenam : 20.19 jam
Umur Hilal : 28 jam 39 minit
Altitud Bulan : 11 darjah 54'
Jarak Lengkung : 13 darjah 55'
Peralatan Yang Digunakan : Theodolite Pentax

Tuesday, December 20, 2011

PENEMUAN PLANET KEPLER 22B




Teleskop Kepler Yang Meneroka Angkasa Lepas


Penemuan sebuah planet baru Kepler 22b oleh pihak NASA baru-baru ini telah memberi dimensi baru dalam penyelidikan tentang kehidupan di Angkasa Lepas.

Planet ini mempunyai banyak persamaan dengan bumi dimana suhunya sekitar 22 darjah celcius dan berada didalam zon yang boleh dihuni. Ia bersaiz 2.4 kali lebih besar berbanding bumi. Jaraknya dengan bumi ialah 600 tahun cahaya.

Selain suhu yang selesa, tanah dan air, Kepler 22b yang jaraknya dikatakan 15 peratus lebih dekat dengan bintang seakan matahari berbanding bumi. Kepler 22b turut mengelilingi "Bintang Matahari" itu dalam tempoh 290 hari setahun iaitu hampir menyamai 365 hari setahun di bumi.

Monday, December 12, 2011

FASA-FASA GERHANA BULAN PENUH


Set lengkap fasa-fasa Gerhana Bulan Penuh ini berjaya dirakamkan oleh sahabat saya Shahrin Ahmad (Shahazer) di Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan pada 10 Disember, 2011.

Peralatan yang beliau gunakan ialah
Kamera : Canon 500D
Teleskop : Skywatcher Equinox 80ED (Focal Length= 500 mm)
Mount : AstroTrac

Saturday, December 10, 2011

FENOMENA GERHANA - TANDA KEBESARAN ALLAH


Peristiwa gerhana merupakan satu fenomena, satu perubahan, satu kejadian, satu keagungan dan kebesaran Allah yang berlaku pada matahari dan bulan dimana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Ta'ala melakukannya sesuai dengan firmanNya didalam surah Aali-Imran : ayat 190 bermaksud :

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, Kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal"

Mengenai kepercayaan karut terhadap gerhana ini, Rasulullah s.a.w telah menyangkalnya sebagaimana hadis berikut:

"Daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana)maka dirikanlah solat". - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Jumu'ah, No. 1042

PROGRAM CERAPAN GERHANA BULAN PENUH


Tepat jam 7.00 malam 10 Disember, 2011, kelihatan orang ramai mula membanjiri Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darulaman, Jitra Kedah bagi menunaikan Solat Maghrib berjamaah. Kehadiran pada malam itu dianggarkan mencecah 1,000 orang.

Selepas solat Maghrib, diadakan tazkirah oleh penceramah jemputan dari Kuala Lumpur. Selepas Solat Isyak, jemaah menunaikan solat sunat gerhana yang diimamkan oleh Tuan Syeikh Khudri.

Jabatan Mufti Negeri Kedah turut mengadakan cerapan dengan menyediakan 3 buah telescope dari jenama EQ5 dan Meada LX200 untuk digunakan oleh orang ramai melihat fenomena gerhana bulan penuh. Penggunaan telescope ini dibantu oleh 4 orang pegawai yang mempunyai kepakaran didalam mengendalikannya. Risalah bertajuk "FENOMENA GERHANA - Tanda Kebesaran Allah" turut diedarkan kepada orang ramai. Risalah ini menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan.

Selepas selesai solat sunat gerhana, orang ramai mula beratur di hadapan masjid untuk melihat sendiri gerhana bulan melalui telescope yang disediakan.Mereka sangat berpuashati kerana dapat melihat dengan jelas fenomena gerhana ini didalam keadaan cuaca yang sangat baik. Alhamdulillah.